Friday 6 July 2012

Info about body care

Perkhidmatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakan saraf, muscle dan tone kulit badan.



a. Khidmat Mengurut (Body Massage)
Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan tukang urut tradisional, perkhidmatan massage therapist yang terlatih juga digunakan.
b. Aromatherapy
Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan perasaan tertekan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan tersendiri untuk menggerakkan proses menenangkan perasaan fisikal dan mental di pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan.
c. Rawatan SPA
Rawatan Spa sering dikaitkan dengan resort kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jacuzzi dengan persekitaran yang mewah. Perkhidmatan rawatan spa melibatkan antara lain sauna, tanning dan body wrap.

Pusat Rampingan (Slimming Centre)
Lebih dikenali ramai sebagai slimming centre, pusat rampingan menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat therapi untuk mengurangkan berat badan.

No comments:

Post a Comment